Dari luaran Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 27, mungkin dilihat sebagai seorang yang suka glamor, bebas dan sosial. Namun setelah lama mengenalinya, model jelita ini merupakan seorang isteri dan ibu yang amat bertanggungjawab. Berkahwin pada usia yang begitu muda, iaitu ketika berusia 20 tahun dengan lelaki pilihan hati yang dikenalinya sejak berumur 15 tahun, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 34, Zahnita tidak pernah menyesal.
Zahnita Wilson nama yang tidak asing lagi dalam industri ‘modeling’ tanah air. Baru-baru ini, dia telah menyambut kelahiran orang baru dalam keluarganya, sekali gus menyangkal gosip sebelum ini yang mengatakan dia menghadapi pergolakan rumah tangga dan sudah bercerai.
Menurut Zahnita yang ditemuramah ketika sesi fotografi eksklusif bersama anaknya di kediamannya, “Zasha adalah bukti saya dan suami saya masih lagi bersama, saya amat gembira dengan lahirnya puteri kedua saya.
Zahnita Wilson dan suaminya menamakan bayi perempuan kedua mereka sebagai Zasharayna Binti Zackery Ghouse dan sewaktu sesi temubual berlangsung, kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.
Model jelita ini turut berkongsi pengalamannya melahirkan anak kedua, di mana dia lebih memilih untuk bersalin secara ‘normal’ dan enggan menggunakan bantuan ‘epidural.’
” Zani nak rasa kesakitan melahirkan anak, sebelum ini zani guna ‘epidural’ untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin tapi bukan kali ini. Zani amat takut ketika saat-saat kelahiran Zasha, tetapi setelah melahirkannya timbul perasaan puas dan lega yang tidak terhingga. Paling lawak adalah suami saya yang lebih ‘nervous’ dan berpeluh-peluh. I feel so relax, it’s over and finally here,” ujar Zahnita mengenai kelahiran keduanya.
Ketika ditanyakan tentang kerjayanya, Zahnita memaklumkan kepada pihak OHBULAN! yang dia akan membuat ‘comeback’ bersama jurugambar pilihannya.
“Selepas tamat berpantang, Zani akan membuat ‘comeback’ dengan jurugambar Shaker Hanafi. Ketika itu Zani sudah bersedia untuk menerima sebarang tawaran termasuk kembali dalam industri lakonan, itu pun jika diberi peluang,’ ujar Zahnita sambil tergelak kecil.
Jom lihat beberapa foto eksklusif Zahnita Wilson bersama anak keduanya selepas ini:









Related posts:
- Tahniah! Zahnita Wilson Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
- Gambar Terbaru : Rita Rudaini & Aidil Zafuan Sambut Kelahiran Anak Kedua.
- Gambar: Serina Redzuawan Selamat Lahirkan Anak Kedua, Isabella
- Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Rela Mengalah Dengan Keluarga Aidil
- Gambar Eksklusif : Ketibaan Anak Ketiga Fazley Yaakob!
Link to full article

Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét