Thứ Năm, 3 tháng 5, 2012

Adira & AG Coco Sedang Bercinta?

Pernah digosipkan dengan Shahir sewaktu menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia, pernah bercinta dengan penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz, dan juga pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang ‘pengkid’. Kini, Adira, 21, atau mesra dipanggil Yayang ini dikatakan sedang bermain “angin cinta” dengan gitaris Hujan, AG Coco.

Menurut Adira dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar online tempatan, dia tidak menolak atau menafikan sekiranya takdir menemukan dia dan gitaris Hujan, AG Coco, sebagai suaminya. Namun Adira tidak pula mengiyakan bahawa dia dan AG Coco sedang bercinta dan menjelaskan bahawa mereka hanya rapat saja.

“Kami mula berkenalan sejak Mac lalu apabila dia bekerjasama dengan saya dalam sebuah projek terbitan Astro, Akustik Adira. Sejak itu, kami sangat rapat dan andaikata dia ditakdirkan menjadi jodoh, saya terima. Setakat ini saya selesa dengannya tetapi belum lagi sampi ke tahap bercinta,” ujar Adira dipetik dari mStar Online.

Kenyataan dari AG Coco atau nama sebenarnya, Hedzry Hafiz, pula menjelaskan bahawa dia mengakui hubungannya bersama Adira lebih akrab selepas berkerjasama dalam projek Akustik Adira. AG turut menjelaskan bahawa dia mula tertarik kepada Adira kerana sikap Adira yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya.

“Saya seorang yang gila kerja sampai boleh mengabaikan kesihatan dan masa makan. Jadi Adira banyak mengingatkan saya dan sangat tegas kerana dia juga saya mula sedar tentang pentingnya menjaga kesihatan.” – AG Coco, dipetik dari mStar Online.

p/s : OHBULAN! andaikan bahawa Adira memang sukakan seorang lelaki yang tahu bermain gitar, anda rasa?

Sumber : mStar Online

No related posts.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến