Thứ Hai, 14 tháng 5, 2012

“Dalam Hati Ada Taman” Gandingkan Randy Pangalila & Elfira Loy Sekali Lagi

Kami tahu ada ramai peminat Randy Pangalila di Malaysia bukan? Bukan setakat disini, disebabkan telefilem “Mimpi Sampai Ke Bintang” gandingan Randy dan Elfira Loy sebelum ini, Elfira pernah mendapat kecaman hebat dari peminat Randy di Indonesia. Amboi, sampai begitu sekali penangan aktor popular kelahiran Indonesia ini kan?

Terbaru, pelakon yang baru berusia 22 tahun ini akan bergandingan sekali lagi bersama Elfira Loy dalam sebuah drama bersiri berjudul “Dalam Hati Ada Taman”. Drama bersiri 13 episod ini adalah drama terbaru arahan Michael Ang dan bakal disiarkan di Astro Ria pada Oktober depan.

Apa yang lebih menarik, Randy Pangalila juga akan turut berlakon bersama selebriti-selebriti tempatan terkenal seperti Haniz Suraya, Amy Mastura dan Didie Alias.

Dalam kenyataannya kepada sebuah tabloid tempatan, Randy memuji kualiti dan hasil kerja Michael Ang serta membandingkannya dengan produksi di Indonesia.

“Saya juga sukakan hasil karya Michael kerana gambarnya cantik. Ia ternyata berbeza dengan kebanyakan sinetron yang pernah saya bintangi. Ini kerana peralatan digunakan canggih menggunakan kamera DSLR, sedangkan di sana masih lagi menggunakan kamera beta. Menonton Mimpi Sampai Ke Bintang, saya berasa teruja kerana keindahan babak dirakamkan. Malah, senyuman saya nampak cantik sekali. Ia bagaikan menonton filem atau iklan televisyen, sedangkan ia hanya drama.” – Randy Pangalila, dipetik dari Harian Metro.

OHBULAN! – Mungkin hero-hero tempatan dah tak ada kot?

Sumber : Harian Metro

Related posts:

  1. “Hati Saya Belum Ada Taman, Belum Tumbuh Lagi…” – Elfira Loy
  2. Randy Pangalila Takut Jarum Suntikan! Waduhhhh!
  3. Elfira Loy Bakal Jadi Duta Produk Maybelline, Gantikan Liyana Jasmay
  4. 11 Foto Panas Oh In Hye, Sekali Lagi Menjadi Perbualan Hangat!
  5. (Breaking News) Konsert Beyonce Dibatalkan Sekali Lagi?

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến