Thứ Tư, 31 tháng 10, 2012

11 Foto Selebriti Di Malam Gala Tayangan Filem Skyfall

Sempena kemunculan filem “Skyfall”  hari ini, pihak ntv7 terlebih dahulu mengadakan tawaran istimewa kepada orang ramai untuk menonton filem tersebut pada 29 Oktober lalu bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve.

Antara selebriti yang hadir di majlis tersebut adalah Zizan Nin, Daphne Iking, Faradhiya, Julia Ziegler, dan Lisa Wong.

Majlis tersebut telah dihadiri hampir 1,000 orang tetamu.

Bagi meraikan ulangtahun ke-50 James Bond, pihak ntv7 akan menyiarkan pelbagai filem aksi tersebut selama lima minggu berturut-turut bermula 7 Oktober hingga 4 November ini.

Maraton filem akan berakhir menerusi penyiaran sebuah lagi filem James Bond lakonan Daniel Craig berjudul “Casino Royale.”

“Casino Royale” merupakan filem ke-21 siri agen 007 dan ia merupakan filem pertama yang dibintangi oleh Daniel Craig sebagai hero baru bagi menggantikan Pierce Brosnan.

Filem James Bond yang telah menghiasi slot “Sunday Movies” setiap hari Ahad, pada jam 11 malam di ntv7 sebelum ini adalah Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough, dan Die Another Day.

Berikut merupakan beberapa foto selebriti yang hadir pada Malam Gala Tayangan Filem Skyfall pada 29 Oktober lalu.

L-R Daphne Iking (emcee), Julia Ziegler, Nazrudin Rahman (emcee)Actor, Zizan Nin & ntv7 newsreader, Hani HarunActress, Faradhiya & ntv7 The Breakfast Show Host, Satira DianaAirin Zainul, Group GM ntv7 & 8TVFaradhiyaJulia ZieglarL-R Actress & Host, Mayjune Tan, Actor, Frederick Lee, Host, Mei SimL-R Daphne Iking, Lisa Wong (ntv7 The Breakfast Show host), Adrian Jalaludin (TV Host), Nazrudin RahmanLisa Wongntv7 newsreader, Jasmine Abu Bakar & filmmaker, Zan AzleePerformance by Floor Fever

Related posts:

  1. Skyfall, Filem Siri James Bond 007
  2. Menangi Hadiah Edisi Terhad ‘Skyfall’, Filem Siri James Bond 007
  3. (Gambar) Selebriti Wanita Yang Gorgeous Di Malam Gala Rafflesia 2011
  4. Adele “Skyfall” Video Lirik Dilancarkan
  5. 17 Foto Eksklusif : Sekitar Majlis Malam Berinai Nabil & Zira.

Link to full article

Shout Awards 2012 Bakal Dimeriahkan Dengan 2 Kumpulan K-Pop, Nu’est & Vixx

Tidak pernah menghampakan para penonton dan peminat, Shout Award 2012 kali ini tampil lebih menarik apabila pihak penganjur bakal membawa dua kumpulan K-Pop dari Korea iaitu Nu’est dan Vixx.

Anugerah yang akan diadakan pada 23 November ini bakal menyaksikan persembahan-persembahan yang hebat dari artis seperti Yuna, Goldfish & Blink, Altimet, Kyoto Protocol, Go Gerila!, Liyana Fizi dan juga banyak lagi. Tak cukup disitu, para penyampai anugerah juga turut dipilih dari selebriti-selebriti terkenal seperti Yuna, Jason Lo, Marsha Milan Londoh, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Farid Kamil, Dan Khoo, Izara Aishah dan ramai lagi.

Pada 11 November juga, pesta Shout! Movement akan diadakan untuk menyambut ‘Muzik, TV, Filem, Fesyen & Seni’ bertempat di Publika, Solaris Dutamas bermula jam 9 pagi. Antara individu-individu penting yang akan turut terlibat termasuklah Dato’ Tom Abang Saufi, Dain Said, Reza Salleh, DJ Fuzz, Kix, Linda Jasmine dan ramai lagi.

Namun, seperti yang OHBULAN! katakan, apa yang bakal menarik perhatian ialah persembahan artis K-Pop iaitu Nu’est dan Vixx yang sememangnya dinantikan oleh para peminat di Malaysia pada majlis anugerah Shout! Awards yang akan berlangsung di Surf Beach @ Sunway Lagoon dan ditayangkan secara langsung di saluran 8TV bermula jam 8.30 malam.

Jom layan lagu dari kumpulan Nu’est dan Vixx selepas ini.

Nu’est – Action

Vixx – Rock Ur Body

Related posts:

  1. (Shout! Awards 2010) Nora Danish, Mizz Nina Dicalonkan Dalam Kategori Hot Chick Awards
  2. (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir
  3. Shout Award 2012 : Perkenalkan 2 Anugerah Baru Dari Media Sosial
  4. Twin Towers @Live 2012 KLCC Bakal Dimeriahkan Dengan Kehadiran Girls’ Generation (SNSD)!
  5. Nah, Rebut 30 Tiket Shout! Awards 2010 Sekarang

Link to full article

Diana Danielle Gagal Cari Bapa Kandung, Nikah Berwalikan Hakim

Pasti menjadi setiap idaman setiap wanita untuk memiliki hari pernikahan yang indah. Namun itu bukanlah bermaksud Diana Danielle yang bakal bernikah pada Sabtu ini (3 November) tidak dapat meraikan harinya dengan gembira.

Melalui laporan Media Hiburan hari ini, Diana Danielle bakal bernikah dengan Farid Kamil berwalikan hakim kerana mereka gagal mencari atau menghubungi bapa kandungnya.

Pelbagai cara telah dilakukan seperti membuat pengiklanan di surat khabar dan menghubunginya, namun usaha Diana menemui jalan buntu

Apa pun, semoga majlis pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil berjalan lancar dan kami di OHBULAN! tidak sabar menanti tibanya hari paling bahagia ini. Tahniah.

Related posts:

  1. Diana Danielle & Farid Kamil Bercinta Semula, Korang Kecewa Tak?
  2. Farid Kamil & Diana Danielle Tunang Ahad Lepas
  3. Farid Kamil & Diana Danielle Kahwin 3 November Ini
  4. Diana Danielle Panik & Hampir Migrain Untuk Persiapan Hari Pernikahan
  5. Diana Danielle Terima Cincin Risik?

Link to full article

Bài đăng phổ biến